Wednesday, 21 November 2018

Bagaimana mahu menghubungi

Hubungi kami melalui;

Whassap-012 3927497-Fatin
               019 2445157-Roshana
                03 56334857-rumah

instagram-suja.bakery

Alamat ;

No 12,Jalan SS17/1F,
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuesday, 20 November 2018

Pastries

Selain kek,kami ada membuat pastri.Kebiasaanya pastri yang akan dipesan adalah chicken pie dan fruit tart.


  1. Chicken Pie -RM 2.50 per piece
  2. Fruit Tart-RM1.80 per piece
  3. Cheese Tart-RM 1.50 per piece
  4. Blueberry Cheese Tart-RM 1.50 per piece
Quantiti setiap pastri bergantung kepada kemahuan pelanggan.Kami tidak menetapkan quantiti buat pelanggan.

CHICKEN PIE

BLUEBERRY CHEESE TART

FRUIT TART

Kek

Pada tahun 1994,R& D Manager,Puan Roshana Sharif mula belajar membuat kek di satu akademi baking di sekitar Petaling jaya.Meninggalkan 2 daripada 3 anak untuk dijaga oleh adik bongsunya selama setengah hari,tidak menghalang beliau untuk menimba ilmu .Setiap kali beliau membuat kek di akademi,beliau pasti akan membawa pulang .

Sejak dari itu,penjualan kek terbuka buat sahabat handal,jiran dan kaum keluarga.Pelbagai kek sudah dibuat dan dijual.Biasanya akan dilakukan apabila ada pesanan sahaja.Waktu tahun 1990an ,tiada istilah bank in duit di ATM/online banking.Pelanggan biasanya akan membayar COD.Sehingga kini konsep COD masih dipakai .Harga dahulu berbeza sedikit berbanding sekarang kerana penaikkan harga barang.


  1. Tiramisu -RM 85
  2. Carrot cake-RM 60
  3. Japanese Cheesecake-RM 70
  4. Blueberry Cheesecake-RM 80
  5. Chocolate cake-RM 60
  6. Kek Lapis Jem-RM 20
  7. Coconut Lemon cake-RM 80
  8. Red Velvet-RM 75
  9. Brownies-RM 65
Saya sebagai anak tauke kek,pasti saya menyukai semua kek.Tetapi kek yang paling saya suka adalah cheesecake dan Tiramisu.Jika mahu dibandingkan kek Red velvet di kedai,saya memilih kek Red Velvet versi Pn Roshana.Lebih sedap dan kurang manis.
BROWNIES

RED VELVET

TIRAMISU

Event

Kami juga ada membuat jualan selama 2-5 hari di event-event .Dari situ kami dapat membuat promosi tentang produk kami.Sebagai contoh,di Karnival Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka.Di sana kami mendapatkan pelbagai pelanggan termasuklah pelancong asing.Waktu itu kami juga menjual kuih melayu agar pelancong asing dapat merasai makanan melayu.Terasa seronok apabila dapat menjual produk kami dan mendapat pelanggan-pelanggan baru.Sekali beli,pasti nak beli lagi.Harga berpatutan tidak menghalng para pelanggan membelinya.
EVENT DI PLAZA MONT KIARA PADA JANUARY 2018

EXPO NEGARAKU 2017 DI DATARAN MERDEKA,KL PADA DESEMBER 2017

Cookies

Kami ada menjual cookies sepek RM10.1 pek itu mengandungi 100kg biskut didalamnya.Kami ada menjual di event-event tertentu dan semestinya jika ada pesanan,pasti kami akan membuatnya.

Jenis-jenis cookies;


  • CHEESE THUMBPRINT
  • FLORENTINE
  • MILKY OREO
  • CHOCOLATE CHIP
Kebiasaaanya pelanggan lebih suka Florentine kerana berkacang dan lebih berkhasiat.Namun begitu,yang paling diminati adalah biskut Cheese Thumbprint yang sedikit masin .Milky Oreo juga menjadi pujaan hati pelanggan.Biskut yang comel dan bulat sememangnya disukai kanak-kanak.Chocolate Chip yang bersaiz besar membuat kita kenyang tanpa memakan nasi.

Sunday, 18 November 2018

Siapakah SuJa Bakers?

SuJa Bakers atau Subang Jaya Bakers adalah satu bisnes keluarga keturunan allahyarham Sharif dan allahyarham Mahyun.Diketuai oleh Izuan Hafiz ,ia melibatkan sebahagian 4 daripada 6 puteri arwah Sharif dan Mahyun serta cucu-cucu mereka.

Bisnes ini termasuk penjualan kek,kuih melayu serta pastri .Kesemua ini adalah homemade .Harga untuk setiap produk amatlah berpatutan.Qualitinya memang memberangsangkan.Sedap sehingga menginginkannya tanpa rasa ragu.

Dibina pada tahun 2017,ramai pelanggan tetap dan baru sudah merasai dan sudah memesannya.Produk -produk kami seperti kek dan pastri bermula sejak lebih 20 tahun dengan hanya membuat ketika dipesan oleh pelanggan.Tiada nama jenama untuk diperkenalkan.Namun begitu,produk kami amat dikenali .Kini,syarikat katering seperti RUANG sering memesan produk kami.

Kuih melayu dibuat oleh anak kelima arwah Sharif,Mastura.Beliau sudah mempunyai jenama bisnes kuih melayunya sendiri.Kini,beliau menetap di sekitar Ampang.Kuih melayunya sering mendapat perhatian syarikat-syarikat besar seperti Felda.

Quantiti suatu produk itu bergantung kepada pesanan para pelanggan.Produk-produk kami ini hanya dibuat dari rumah sahaja.Ruangan kecil tidak menghalang operasi kami.Biarlah syarikat kami tidak sebesar syarikat sedia ada,namun syarikat kami tidak menipu pelanggan.Biar kecil di awal,jika berusaha keras,insha Allah akakn menjadi besar seperti PETRONAS.

Pesanan boleh dilakukan beberapa hari sebelum hari pengambilan dan penghantaran.Bayaran boleh dibuat melalui bank in atau COD (Cash On Delivery).Setakat ini,pelanggan kami dari Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Hubungi kami melalui instagram atau nombor telefon bimbit tertera.


Bagaimana mahu menghubungi

Hubungi kami melalui; Whassap-012 3927497-Fatin                019 2445157-Roshana                 03 56334857-rumah instagram-suja.ba...